Saya bersekolah di SK.Lohan bermula pada tahun 1973 [darjah 1] dan tamat darjah 6 pada tahun 1978.Kenangan manis semasa tahun enam adalah saya menjadi olahragawan dalam sukan antara zon melibatkan SK.Bengkud dan SK.Narawang.Sukan pada ketika itu hadiah kemenangan bukan berbentuk trofi atau medal seperti zaman sekarang.Hadiah kemenangan zaman saya hanyalah berupa wang tunai.Johan RM5.00,Naib Johan RM3.00 dan Ketiga RM2.00.Zaman saya, seorang peserta boleh ambil 5 acara.Saya bertuah mendapat hadiah terkumpul RM25.00 kerana saya menang 5 acara iaitu 100m,200m,4x100m,4x400m dan lompat tinggi.Guru sukan sekolah pada ketika itu adalah Cikgu Ribin Hamid dan Cikgu Jahani.